Monday, April 4, 2011

Chuggington


Chuggington (gambar digodek dari google,tq!)


Oooh...dia sungguh obses dengan perkataan ini..sejak Thomas mula hilang ke"popularan"..datanglah series terbaru dari Australia ini..iaitu keretapi comei comei boleh berckp..dan boleh dialih suara kebahasa melayu pulak..hihihih...


seingat i..dari umur 2 tahun lebih dia suka sungguh dengan keretapi..dan satu lagi handy manny..(imagine orang mexico ckp dalam bahasa melayu )..heheh..cukup comei..


arie nie..mummy nak cerita trip fahim naik chuggington ( komuter dari stesen batu 3 sampai stesen bank negara - trip ke kl baru baru nie )


alahai anak mummy..punya la seronok..terloncat sana..loncat sini..skit lagi nak loncat turun landasan..kononnya nak tgk dekat dekat la rail tuh..komuter sampai..excited nak naik dah..walhal punya ramai orang..nasib baik penolong pengawal i ada 3 orang ( adik ipaq..3 orang k..bukan senang nak dapat pembantu ramai sekali gus..hanya nak kawal anak teruna sorang i..)


ok..dah on board..tunggu kot kot chuggington dia nak mula nyanyi....hehehe..


pastuh dia tgk ada orang lentok tidok..siap tanya kuat kuat..

"pasai apa dia tidok" "tak tidok rumah dia ka?" aduh..pemandangan sekarang ditumpukan ke arah dia..:) mak lang dah malu cuba control lagi..

" dah sampai kuala lumpur daq lagi "


"belum"


4 minit..stesyen apa ntah..petaling ka? i pun lupa..


"kenapa berhenti mummy." " depa nak naik ka"


"a'a..depa nak naik"


"dah sampai kuala lumpur daq lagi "


"belum"


ada adik perempuan duduk sebelah i pun tanya fahim..." nak gie kuala lumpur, tgk ape?"


fahim malu malu kucing..jawab pelan " tgk bini cantik "...


adik tuh blurr...tanya lagi ..." nak gie kuala lumpur, tgk ape?"


fahim jawab kuat skit.."nak tgk bini cantik"


i pun dengan comeinya...sipu sipu malu gitu..bersuara..


"naik keretapi ..sampai kuala lumpur..nampak bini cantik..terselit bawah dapur "


ehhehehe...guess what..semua pakat gelak kat situ...ya..itu anak saya ya..:)


sampai stesen bank negara..kami pun menapak p jalan tar..punya la ramai orang..jalan situ mau dekat 2 jam...nak beli pun susah ..dengan fahim keriau nak belon..beli satu senyap..teruih..takmau apa dah..nak belon ja..satu ja..:) tuh la ayat dia kalau nak apa..


berjalan balik ke stesen..nak naik chuggington lagi..fahim dah penat..sampai nak bukak kasut ..stokin..:) dalam komuter..duduk sebelah i lagi..dah penat gamak jalan..muka pun ngantuk..duq nyanyi nyanyi versi dia..twinkle twinkle..baa baa..black sheep..orang putih duq kat depa dia pun keja gheyehh kat fahim..main boo boo chak kat adik dia...dan..finally...hero i tewas...


----------------------



----------------------



----------------------




ps : tgk tangan fahim...tgk anak sapa la..:) mummy dia laa... pss: mesti tanya..mana aira dalam scene di atas..aira ada..dia tak cranky apa pun daq..senyap sunyi..tgk ja gelagat abang dia..heheh..mesti dalam hati.."syok no..leh lompat sana sini..chek asyik mummy ngan bapak dukung..tak bagi jalan.."



1 comment:

  1. hahaha.. Pahim pi kl cari bini cantik...
    aunty suka laa mat pahim nie..comeinya!

    ReplyDelete